Tentang Sekolah

SMK Bedong

(Imej SMK Bedong, ihsan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah)

Sekolah Menengah Kebangsaan Bedong atau dahulu dikenali sebagai SM Bedong telah dibuka pada tanggal 8 Mac 1963 dengan nama Sekolah Pelajaran Lanjutan. Pada masa itu, hanya ada 2 buah kelas iaitu kelas aliran Inggeris dan aliran Melayu. Jumlah muridnya seramai 61 orang.

Guru besar yang pertama ialah Encik Gee Teng Mein dan dibantu oleh seorang guru penolong iaitu Encik Zahid bin Zainal Abidin. Ketika itu sekolah ini tidak mempunyai kakitangan bukan akademik.

Pintu Pagar SMK Bedong

(Pintu Gerbang SMK Bedong)

Bangunan sekolah yang terawal didirikan ialah bangunan JKR/KT 656 yang dibina pada tahun 1962 dan sekarang dikenali sebagai bangunan A. Ketika itu terdapat 7 buah kelas dan 2 buah rumah guru.

Keluasan tapak sekolah ini ialah 15 ekar dan pada masa dahulu ia pernah digunakan pleh Askar Melayu Diraja Batalion Ke-3. Pada tahun 1964, sekolah ini diubah nama kepada Sekolah Menengah Bedong. Bilangan kelas bertambah menjadi 8 buah dengan bilangan guru seramai 9 orang.

Sumber

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s